Map Of Sabah

Custom Search

Just type on search column for any info on Sabah

Wind of Change

Saturday, December 6, 2008

PTIs atau terrorist among our midst

Agenda Daily 31/05/06

II ditahan ISA …kumpulan radikal Darul Islam Sabah tidak mempunyai kaitan dengan Al Qaeda

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar memberitahu Rabu Kumpulan radikal Islam yang dikenali sebagai Darul Islam Sabah yang mana 11 anggota telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini didapati tidak mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Katanya kejayaan polis menahan mereka antara 16 Mac dan 3 April lepas di Sabah dan Selangor itu telah membendung dengan berkesan aktiviti militan yang menggunakan Sabah untuk menyusup masuk ke selatan Filipina dan menyeludup senjata api dari selatan Filipina ke Indonesia.

Menurutnya berikutan penahanan 11 orang itu, termasuk tiga orang guru sementara dan seorang penyelia syarikat, polis mendapati dua sel Darul Islam Sabah wujud di Tawau dan Sandakan.

Mohd Bakri berkata kumpulan berkenaan juga sedang merancang mewujudkan Daulah Islamiah Nusantara meliputi Indonesia, Malaysia dan selatan Filipina secara militan.

"Kumpulan ini turut membantu tujuh militan Indonesia, termasuk Umar Patek dan Dul Matin yang terlibat dalam pengeboman Bali pada Oktober 2002, untuk menyusup masuk ke selatan Filipina dari Indonesia antara tahun 2003 dan Mac lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil asas kepolisan Kadet Asst Supt Polis (ASP) dan Inspektor Percubaan di Kuala Lumpur .

Rakyat tempatan yang ditahan itu beralamat di Tawau, Sabah, termasuk dua orang guru iaitu Mohd Nazri Dollah, 31, dan Mohd Arshad Patangari, 22, seorang penggred balak A. Artas Burhanuddin, 38, pemandu teksi Francis Indanan, 38, dan Adzmi Pindatun, 22, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Seorang lagi rakyat tempatan yang ditahan ialah peniaga kurma Idris Lanama, 31, yang beralamat di Klang, Selangor.

Warga Indonesia yang ditahan terdiri daripada seorang guru sementara Aboud Ghafar Shahril, 38, beralamat di Tawau, Sabah; Zainuddin Suharno, 28, dari Jawa Tengah dan Jaki Hamid, 28, dari Sulawesi.

Sementara rakyat Filipina yang ditahan ialah seorang buruh kasar Jeknal Adil, 22, yang beralamat di Tawau, Sabah, seorang penyelia syarikat yang mempunyai status penduduk tetap Malaysia Binsali Omar, 40, yang beralamat di Sabah. Mohd Bakri berkata polis turut merampas dua pucuk pistol automatik dan 91 butir peluru daripada dua orang warga Indonesia yang ditahan itu, berserta buku dan dokumen tentang jihad.

Kumpulan itu didapati "berperanan menjadi transit kepada militan Indonesia untuk menyusup masuk ke selatan Filipina serta menyeludup senjata api dari selatan Filipina Ke Indonesia, selain mendapat latihan ketenteraan di selatan Filipina," katanya.

"Mereka juga telah menyeludup tiga laras M16, lapan pucuk pistol automatik dari selatan Filipina untuk kegunaan militan Indonesia antara tahun 2003 dan Mac lepas melalui Sabah," katanya.

"Dengan penangkapan ini, polis telah dapat melumpuhkan rangkaian bawah tanah kumpulan militan Darul Islam Sabah yang bekerjasama dengan militan Indonesia. Tindakan polis juga telah membendung dengan berkesan aktiviti militan terbabit yang menggunakan Sabah untuk menyusup masuk ke selatan Filipina dan menyeludup senjata api dari selatan Filipina ke Indonesia," katanya.

Beliau berkata polis akan meneruskan siasatan bagi memastikan sama ada saki-baki kumpulan itu masih wujud di negara ini.

Source : Agenda Daily

No comments: